Sunday, February 13, 2011

PERBARISAN KRS



Isnin, 14.2.11 - Perhimpunan mingguan pagi ini diserikan lagi dengan kehadiran Mejar Aziz dari Kor Semboyan KKB untuk menerima tabik hormat & memeriksa perbarisan Kadet Remaja Sekolah.
Gambar-gambar di www.krs14211.blogspot.com




Wednesday, February 9, 2011

EXSPEDISI KE BUKIT KUTU



Pada 29 Januari 2011, 19 orang Pengakap Kelana melaksanakan ekspedisi mendaki Bukit Kutu diiringi tiga orang Guru Pengakap iaitu En Suhaini, En Zolkornain & Hj Rohaizad. Ekspedisi bermula pukul 9.45 pagi dan keseluruhan ahli Pengakap Kelana selamat sampai di puncak Bukit Kutu pukul 3.30 petang. Oleh kerana sepanjang malam hujan. tiada aktiviti dapat dijalankan. Keesokan harinya semua ahli pengakap dan guru pengiring mendaki ke puncak Bukit Kutu di mana peserta ekspedisi dapat melihat seluruh kawasan Kuala Kubu Bharu dan lawatan terakhir ialah ke kubu/Bangunan Pertahanan British. Semua ahli eskpedisi berangkat pulang mulai pukul 10.30 pagi dan semua selamat sampai di bawah pukul 3.00 petang.

Thursday, October 7, 2010

MARKAH KOKURIKULUM 2010

KEPADA SEMUA PELAJAR KHUSUSNYA PELAJAR TINGKATAN 5.
SENARAI NAMA PELAJAR SETIAP KELAS YANG TELAH MENGEMBALIKAN FAIL KOKURIKULUM YANG TELAH DIMINTA AKAN DIPAPARKAN DI PAPAN KENYATAAN MULAI 8 OKTOBER 2010.

SEMUA PELAJAR DIMINTA MERUJUK PAPAN KENYATAAN TERSEBUT BAGI MENGETAHUI SAMA ADA ANDA TELAH MENGHANTAR LENGKAP FAIL KOKURIKULUM TERSEBUT ATAU TIDAK.

SEJAK 2 HARI KEBELAKANGAN INI, RAMAI PELAJAR KHUSUSNYA YG BERPINDAH SELEPAS TINGKATAN 3 KE SEKOLAH-SEKOLAH ASRAMA PENUH (SEKARANG BERADA DI TINGKATAN 5 DI SEKOLAH ASRAMA)MEMOHON MARKAH KOKU MEREKA SEDANGKAN FAIL KOKURIKULUM MEREKA TIDAK LENGKAP. INI MENYEBABKAN MARKAH PURATA YANG DITERIMA ADALAH RENDAH.

PELAJAR TINGKATAN 5 DIINGATKAN MARKAH 10 % DIPEROLEHI SETELAH MARKAH TAHUNAN( DR TINGKATAN 1 -5) DIKIRA DAN DICARI PURATANYA.
ADALAH DIINGATKAN BAHAWA MARKAH YANG TINGGI( LEBIH 6 %) DIPERLUKAN UNTUK MENJAMIN PELAJAR MEMOHON KE IPTA.
PELAJAR DIMINTA MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA!!

Tuesday, October 5, 2010

KEPADA SEMUA PELAJAR SMK3KB 2010

MAKLUMAN BERKAITAN KAD KOKURIKULUM

PENGIRAAN MARKAH KOKU AKAN MULA DIJALANKAN PADA 13 OKT INI.MANA-MANA PELAJAR YG MASIH BELUM MENGHANTAR DAN MELENGKAPKAN KAD KOKU DIMINTA MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA SUPAYA TIDAK MENDATANGKAN KESUSAHAN DALAM PERMOHONAN KE IPTA KELAK.PASTIKAN ANDA TELAH MENGHADIRI 18 AKTIVITI UNIT UNIFORM,12 AKTIVITI KELAB AKADEMIK/BUKAN AKADEMIK DAN 12 AKTIVITI SUKAN & PERMAINAN.
BAGI PELAJAR TINGKATAN 5,AKTIVITI KOKU ANDA SEJAK TINGKATAN 1 HINGGA 5 DIPERLUKAN DAN MARKAH PURATA AKAN DIKIRA .
HARAP MAKLUM.

MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA PELAJAR SM3KB

Kepada semua ibu bapa penjaga.
Diharap dapat memberi kerjasama untuk mengingatkan anak/jagaan masing-masing untuk menghantar Kad koku mereka untuk diberi markah.Markah Koku sebanyak 10% sangat penting terutama bagi pelajar lepasan SPM yang akan memohon ke institusi(IPTA,KolejSekian.Harap maklum

Kepada semua Guru Penasihat dan Guru Tingkatan

Kerjasama diperlukan daripada semua guru penasihat dan guru tingkatan untuk memastikan setiap pelajar telah melengkapkan buku Kokurikulum mereka pada tahun ini.Pengiraan markah Koku akan mula dijalankan mulai 13 Okt 2010 ini.
Buat masa ini hanya kelas 3S (Pn Azma Syakirah) telah mula mengambil tindakan mengumpulkan kad koku pelajar. Taklimat kepada guru tingkatan 5 telah dijalankan dan setiap pelajar tingkatan 5 sepatutnya telah mula menghantar pada 23 Sept lalu.malangnya masih ramai pelajar yang tidak mengendahkan kepentingan kad koku mereka yang akan mendatangkan markah 10% untuk permohonan ke IPTA.
Setiap pelajar perlu memenuhi 18 aktiviti unit uniform,12 bagi unit akademik/bukan akademik dan 12 aktiviti sukan & permainan.(Sila rujuk edaran takwim oleh Pn Siti Faridah/En Halim)

Sunday, July 26, 2009

Untuk perhatian pelajar

Semasa perhimpunan hari ini, PK KoKu telah memaklumkan beberapa ketetapan yang telah dicapai semasa mesyuarat guru pada hari Sabtu lalu.
1. Dipelawa kepada semua pelajar yang berminat untuk menyertai Perkhemahan Intergasi dengan bayaran RM60.00 (semua ditanggung) untuk menambahkan koleksi sijil penyertaan pelajar.
2. Esok Selasa 28 Julai 2009, sebagai tuan rumah Olimpik Muda, pasukan bolasepak akan beraksi di Stadium Millinium Ampang Pecah dan pasukan bolajaring di SMSM. Para pelajar diseru untuk datang memberi sokongan moral kepada pasukan sekolah kita.
3. Mulai Rabu 29 Julai 2009, aktiviti kelab / persatuan/ unit uniform akan berkumpul di Dataran Bestari sebelum dibawa oleh Guru Penasihat ke tempat perjumpaan. Aktiviti minggu ini ialah Kelab & Persatuan.
4. Kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 3 & 5 akan bermula minggu ini. Mereka dikecualikan daripada menghadiri aktiviti kokurikulum tetapi perlu membawa Buku Laporan Kokurikulum untuk ditandtangani oleh 2 orang guru yang menjalankan kelas tambahan.
5. Mulai minggu depan, pada setiap minggu pertama setiap bulan, semua pelajar dimestikan memakai pakaian unit uniform untuk acara pemeriksaan barisan.
6. Sempena sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak dalam bulan Ogos nanti, semua aktiviti KoKurikulum ditangguhkan.