Tuesday, October 5, 2010

Kepada semua Guru Penasihat dan Guru Tingkatan

Kerjasama diperlukan daripada semua guru penasihat dan guru tingkatan untuk memastikan setiap pelajar telah melengkapkan buku Kokurikulum mereka pada tahun ini.Pengiraan markah Koku akan mula dijalankan mulai 13 Okt 2010 ini.
Buat masa ini hanya kelas 3S (Pn Azma Syakirah) telah mula mengambil tindakan mengumpulkan kad koku pelajar. Taklimat kepada guru tingkatan 5 telah dijalankan dan setiap pelajar tingkatan 5 sepatutnya telah mula menghantar pada 23 Sept lalu.malangnya masih ramai pelajar yang tidak mengendahkan kepentingan kad koku mereka yang akan mendatangkan markah 10% untuk permohonan ke IPTA.
Setiap pelajar perlu memenuhi 18 aktiviti unit uniform,12 bagi unit akademik/bukan akademik dan 12 aktiviti sukan & permainan.(Sila rujuk edaran takwim oleh Pn Siti Faridah/En Halim)

No comments:

Post a Comment