Sunday, January 29, 2012

PENCAPAIAN CEMERLANG

PERTANDINGAN PING PONG PERINGKAT DAERAH - JOHAN






WAKIL SEKOLAH MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Thursday, January 12, 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012

Jumaat - Keputusan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah tahun 2012 -
akan menyusul.

Monday, April 25, 2011

Karnival Pengguna

Hari ini 25 April dilancarkan Karnival Pengguna Peringkat Sekolah.Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan dikuti dengan soalan kuiz.Majlis dianjurkan oleh Panitia Perdagangan dan dipantau oleh Bidang Teknik dan Vokasional.Sebagai sebahagian aktiviti koakademik,acara dari 25 April hingga 4 Mei dipenuhi dengan aktiviti yang diharap memberi faedah kpd para pelajar.Setiap pelajar akan menerima hadiah dan sijil penyertaan sebagai bukti untuk pemarkahan kokurikulum mereka.Kemuncak karnival adalah pada 3 Mei kerana beberapa agensi dipanggil untuk mengadakan pameran.Sekolah-sekolah yang berhampiran juga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini.
Pada 4 Mei ,majlis penutupan akan dirasmikan oleh Tn Hj Mokhtar Bin Hj Sulaiman(Pengarah Bahagian gerakan Kepenggumaan,Putrajaya)

Monday, April 18, 2011

PERHIMPUNAN BULANAN UNIT UNIFORM-PENGAKAP

Masih terdapat pelajar yang masih berdegil dan tidak mematuhi pemakaian uniform bulanan.
Diharap bantuan guru-guru penasihat untuk sama-sama mengenalpasti pelajar di unit masing-masing dan pelajar ini dikenakan penalti 2 merit.
Segak,bergaya,berketerampilan,berdisiplin dan kemas.Jati diri yang harus ditonjolkan oleh pelajar semasa pemakaian unit uniform masing=masing.ANDA GENERASI HEBAT DAN WARGANEGARA YANG BERDISPLIN............









2 bekas pelajar tahun 1992 yang kebetulan datang melawat pada 18 April 2011








pemeriksaan barisan Pengakap oleh Pesuruhjaya Pengakap


Barisan guru yang sama-sama menjayakan perhimpunan unit uniform bulanan




Penyampaian sijil KRS oleh Pesuruhjaya Pengakap



Perhimpunan bulanan kali ini dikendalikan oleh Pengakap di bawah kepimpinan En Suhaini. Pada majlis tersebut,En Mohd Kamar Bin Zainuddin Pesuruhjaya Pengakap turut hadir menyampaikan pesanan kepada pelajar dan menyerahkan sijil-sijil kepada ahli pengakap.


Tahniah juga kepada 2 orang ahli pengakap iaitu Mohd Hakimi dan Nurathirah bt Abdul Rahman kerana secara rasmi dianugerahkan Pengakap Diraja Negeri Selangor bagi tahun 2011.(Ruj surat: Bil (1) dlm PR/LPPRNS/CPRO118/11.Kedua-dua pelajar tersebut layak mendapat markah bonus sebanyak 10 untuk markah kokurikulum mereka.

Pertandingan Catur Daerah

Pertandingan telah diadakan di SMK Taman Bunga Raya pada 13-14 April 2011. Beberapa pelajar telah memenangi pertandingan tersebut.
Ammar Zulfatah kedua L18
Kishok Pillai a/l Murali ke 6
Jayagaren a/l Paramasivam ke 32
Berpasukan ke 5

P18
Maizatul Amira bt Jamil ke 5
Nurzulaikha Abu Shah ke 18
berpasukan ke 4

L15
Ernest Yap Yong Yi ke 5
Mohd Razi Khadiron ke 12
Ethan Rajendran Dass ke 34
Kartek Pillai a/l Murali ke 47
berpasukan ke 5

Tahniah kepada pelajar dan AJK Kelab Catur yang membantu melatih peserta.Semoga berjaya dengan lebih cemerlang lagi pada tahun depan.
terima kasih juga kepada guru pengiring yang terlibat.

Tuesday, April 5, 2011

KELAB F1

Kelab F1 di bawah bimbingan Cikgu Cik Zuraidah dan Pn Low Lai Fun bertuah kerana pada 5 April 2011 lalu telah mendapat sumbangan sebanyak 20 tiket untuk menyaksikan Perlumbaan Kereta F1 di Sepang pada 9 dan 10 April ini. Sumbangan diberi oleh En Azman Bin Maarof (Penolong Setiausaha,Bahagian Industri Sukan,Kementerian Belia dan Sukan,Putrajaya)Semoga sumbangan sebegini dapat memotivasikan lagi pelajar dan guru bagi mencapai kejayaan dalam Kelab F1

MAJLIS MERAIKAN ATLET /WAKIL SEKOLAH SEM 1





Pada 31 Mei 2011 diadakan Majlis Meraikan Atlet/Wakil sekolah yang cemerlang dari bulan Januari hingga Mac.Antaranya ialah atlet ping pong.acara jemputan 4x 100m,merentas desa,boling dan Kelab Robotik.Turut diraikan adalah guru-guru pengiring sebagai tanda terima kasih di atas komitmen yang diberikan.Dalam ucapan Pengetua,beliau turut memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada pelajar untuk terus maju jaya dalam aktiviti kokurikulum dan antara atlet yang wajar dicontohi adalah seperti Nicol David dan Lee Chong Wei.Terima kasih juga kepada barisan pengurusan sekolah yang sama-sama menyokong kokurikulum. "SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"