Monday, April 25, 2011

Karnival Pengguna

Hari ini 25 April dilancarkan Karnival Pengguna Peringkat Sekolah.Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan dikuti dengan soalan kuiz.Majlis dianjurkan oleh Panitia Perdagangan dan dipantau oleh Bidang Teknik dan Vokasional.Sebagai sebahagian aktiviti koakademik,acara dari 25 April hingga 4 Mei dipenuhi dengan aktiviti yang diharap memberi faedah kpd para pelajar.Setiap pelajar akan menerima hadiah dan sijil penyertaan sebagai bukti untuk pemarkahan kokurikulum mereka.Kemuncak karnival adalah pada 3 Mei kerana beberapa agensi dipanggil untuk mengadakan pameran.Sekolah-sekolah yang berhampiran juga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini.
Pada 4 Mei ,majlis penutupan akan dirasmikan oleh Tn Hj Mokhtar Bin Hj Sulaiman(Pengarah Bahagian gerakan Kepenggumaan,Putrajaya)

No comments:

Post a Comment