Tuesday, April 5, 2011

KELAB F1

Kelab F1 di bawah bimbingan Cikgu Cik Zuraidah dan Pn Low Lai Fun bertuah kerana pada 5 April 2011 lalu telah mendapat sumbangan sebanyak 20 tiket untuk menyaksikan Perlumbaan Kereta F1 di Sepang pada 9 dan 10 April ini. Sumbangan diberi oleh En Azman Bin Maarof (Penolong Setiausaha,Bahagian Industri Sukan,Kementerian Belia dan Sukan,Putrajaya)Semoga sumbangan sebegini dapat memotivasikan lagi pelajar dan guru bagi mencapai kejayaan dalam Kelab F1

MAJLIS MERAIKAN ATLET /WAKIL SEKOLAH SEM 1





Pada 31 Mei 2011 diadakan Majlis Meraikan Atlet/Wakil sekolah yang cemerlang dari bulan Januari hingga Mac.Antaranya ialah atlet ping pong.acara jemputan 4x 100m,merentas desa,boling dan Kelab Robotik.Turut diraikan adalah guru-guru pengiring sebagai tanda terima kasih di atas komitmen yang diberikan.Dalam ucapan Pengetua,beliau turut memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada pelajar untuk terus maju jaya dalam aktiviti kokurikulum dan antara atlet yang wajar dicontohi adalah seperti Nicol David dan Lee Chong Wei.Terima kasih juga kepada barisan pengurusan sekolah yang sama-sama menyokong kokurikulum. "SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"

ATLET OLAHRAGA

Tahniah kepada pelajar yang menyertai Kejohanan Olahraga pada 29 Mac hingga 1 April. 3 acara emas dan 1 perak. (maklumat lengkap belum diperoleh)

Friday, February 25, 2011

TEMASYA SUKAN SIRI 1




Jumaat, 25.2.11 - Temasya Kejohanan Sukan 1 telah berjaya dijalankan awal pagi tadi. Pelbagai acara telah dipertandingkan termasuk rumah sukan paling ceria, pertandingan tarik tali, acara guru-ibubapa dan dikembalikan acara sekolah jemputan. Butiran keputusan kejohanan belum diterima untuk dilaporkan. Lagi gambar di http://www.sukan42.blogspot.com/

Sunday, February 20, 2011

KEJAYAAN SEKOLAH KITA




1.
PERT.PING PONG DAERAH-
25-27 JANUARI 2011 di SMAT KKB

JOHAN BWH 18 THN (P) - KOH JIA YAO ( layak untuk pemilihan MSS Selangor)
JOHAN BWH 15THN (P) - WONG HONG YEE(3B)
JOHAN BERGU BWH 15 THN - YAP WEN YEE (3C) & WONG HONG YEE (3C)
NAIB JOHAN BERGU BWH 15THN (L) - POH CHERN KHAI (3C) & ERNEST YAP YONG YI
GANGSA BERGU BWH 15THN (L) - SYED. MUHD NAQUIB & ADIB RAZALI
GANGSA BWH 15THN (L) - ERNEST YAP YONG YI

GURU PEMBIMBING/JURULATIH:
1. Cikgu Rozaidy bin Mohamed Sharif - Ketua Guru Penasihat/Jurulatih Sekolah/Pengurus Pasukan MSSDHS/Jurulatih MSSDHS
2. Cikgu Rosli bin Jamaluddin - Jurulatih Sekolah/ Ketua Jurulatih MSSDHS/ Pengurus Pasukan MSSDHS
2.KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD HULU SELANGOR
9 FEBRUARI 2011 (RABU) DI SK. BUKIT BERUNTUNG 2
BALAGANESAN A/L SUBRAMANIAM - -KE-12 INDIVIDU KE-2 KUMPULAN
ARI A/L CHAPEKKE - -14 INDIVIDU KE-2 KUMPULAN
THANARAJ A/L KANIMOLI & MUHAMAD ADIB BIN RAZALI - KE-2 KUMPULAN

3. PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN
18-20 FEB 2011
TAYLORS COLLEGE,SUNWAY
BEST SPIRIT TEAM AWARD

Sunday, February 13, 2011

PERBARISAN KRS



Isnin, 14.2.11 - Perhimpunan mingguan pagi ini diserikan lagi dengan kehadiran Mejar Aziz dari Kor Semboyan KKB untuk menerima tabik hormat & memeriksa perbarisan Kadet Remaja Sekolah.
Gambar-gambar di www.krs14211.blogspot.com




Wednesday, February 9, 2011

EXSPEDISI KE BUKIT KUTU



Pada 29 Januari 2011, 19 orang Pengakap Kelana melaksanakan ekspedisi mendaki Bukit Kutu diiringi tiga orang Guru Pengakap iaitu En Suhaini, En Zolkornain & Hj Rohaizad. Ekspedisi bermula pukul 9.45 pagi dan keseluruhan ahli Pengakap Kelana selamat sampai di puncak Bukit Kutu pukul 3.30 petang. Oleh kerana sepanjang malam hujan. tiada aktiviti dapat dijalankan. Keesokan harinya semua ahli pengakap dan guru pengiring mendaki ke puncak Bukit Kutu di mana peserta ekspedisi dapat melihat seluruh kawasan Kuala Kubu Bharu dan lawatan terakhir ialah ke kubu/Bangunan Pertahanan British. Semua ahli eskpedisi berangkat pulang mulai pukul 10.30 pagi dan semua selamat sampai di bawah pukul 3.00 petang.